Kenapa wanita ini bengang sangat, sampai doakan bisnes Datuk Aliff Syukri lingkup? | PENGUSAHA D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman sosialnya, mendakwa kebanyakan rakyat Malaysia yang merantau ke Australia hanya bekerja sebagai buruh kasar di sana.
Usahawan tersebut berkongsikan pengalamannya ketika melakukan business trip ke Australia dan New Zealand baru-baru ini.
Dalam perkongsian itu, Aliff turut menceritakan pengalamannya yang mana orang tempatan menyangkakan beliau adalah seorang budak ladang di sana.
Namun, seorang netizen yang dikenali sebagai Sofea AL ini menerusi posting di Facebooknya menepis dakwaan pengusaha tersebut.
Sofea yang sudah 36 tahun menetap di negara kangaru tersebut menceritakan asal-usul kebanyakan orang Melayu yang menetap di bumi Australia serta pengalamannya yang merupakan majikan kepada orang Australia sendiri.
Malah, dek ‘bengang’ dengan status yang dikongsikan Aliff, Sofea turut mendoakan agar perniagaan Aliff jatuh menjunam.
“Sepanjang 36 tahun saya di Australia, ada segelintir orang Melayu dari Christmas Island dan Cocos Island buat kerja buruh kasar sebab mereka datang dari kepulauan itu zaman 40-an, 50-an dan 60-an.
“Dan di sekitar tahun 80-an, mereka disuruh pilih untuk balik ke negara asal atau tinggal di tanah besar Australia dan separuh pilih balik ke negara asal iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Separuh berhijrah ke Perth dan diberi visa penduduk tetap untuk bermaustatin di Perth.
“Golongan ini memang tiada pelajaran tinggi dan golongan ini dah tua pun sekarang dan anak cucu mereka dah tak jadi buruh kasar.
“Yang ada sekarang ini di mana-mana adalah imigran dari negara lain termasuk Singapura, negara Asean, Asia Barat dan Eropah yang banyak jadi buruh kasar dan kebanyakannya pelajar dan datang belajar dengan visa pelajar.
“Hanya beberapa kerat anak Malaysia yang guna visa pelajar yang kerja part time atau casual kejar sebagai pelayan di restoran atau jadi pemandu menghantar makanan.
“Yang paling kehidupan mudah di rantau anak-anak orang Malaysia yang belajar sama ada ditanggung keluarga atau ditanggung kerajaan Malaysia.
“Rakyat Malaysia macam saya yang duduk beranak-pinak di Australia ini, saya belum jumpa yang jadi buruh kasar dan anak-anak saya pun semua kerja yang cemerlang dan terbilang sebab semua kelulusan universiti tempatan dan saya pun tidak kerja jadi buruh kasar sebab saya bos pada orang putih.
“Rakyat Malaysia yang tinggal menetap terus di Australia mungkin hanya 0.000001 peratus. Sesiapa orang Malaysia yang melancong dan nak menghina orang Malaysia sendiri dan menjatuhkan maruah orang Malaysia, jika dia ada perniagaan, duit saya akan saya haramkan membeli produk mereka.
“Jahanamkan perniagaan kamu Datuk Aliff Syukri kerana memfitnah dan tidak tahu bersyukur. Insya’Allah,” tulis wanita tersebut.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW