Lelaki putus cinta bunuh diri secara live di Facebook

Lelaki putus cinta bunuh diri secara live di Facebook | Seorang pemuda berusia 22 tahun yang dipercayai putus cinta, menyiarkan secara langsung aksinya membunuh diri melalui Facebook, Isnin lalu.

Video Erdogan Ceren membunuh diri menggunakan senapang patah dipercayai disiarkan secara langsung dari bilik tidur di rumahnya di Duzici, wilayah Osmaniye.

Lelaki putus cinta bunuh diri secara live di Facebook

Lelaki putus cinta bunuh diri secara live di Facebook

Daily Mail melaporkan dalam video itu, Erdogan yang kelihatan tertekan memberitahu dia mahu membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas ditinggalkan kekasihnya sambil menunjukkan selaras senapang patah dan memberitahu akan menembak dirinya.

“Tiada siapa percaya bila saya beritahu mahu membunuh diri. Jadi lihatlah ini,” katanya.

Dia kemudian menghalakan muncung senapang patah itu ke dadanya lalu menarik picu namun senjata itu tidak meletup.

Bagaimanapun, pada cubaan kedua senapang itu meletup dan kamera tiba-tiba menjadi gelap dipercayai terjatuh.

Selama beberapa saat kedengaran Erdogan bernafas kuat sebelum terhenti.

Sepanjang video itu disiarkan pengguna media sosial berusaha memujuk Erdogan supaya membatalkan niat namun tidak diendahkan.

Media Turki melaporkan keluarganya terdengar tembakan itu sebelum menemuinya dan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post