Mayat lelaki terapung ditemui di Pulau Perhentian

Mayat lelaki terapung ditemui di Pulau Perhentian | Mayat seorang lelaki ditemui terapung kira-kira 0.2 batu nautika di perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu jam 4.50 petang semalam.

Mayat lelaki terapung ditemui di Pulau Perhentian

Mayat lelaki terapung ditemui di Pulau Perhentian

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata, mayat itu ditemui pengunjung yang dalam perjalanan ke pulau berkenaan.

Katanya, Pusat Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999.

“Sebaik menerima maklumat itu APMM menggerakkan aset membabitkan yang Bot Maritim Penggalang 45, ke lokasi kejadian.

“Mayat itu kemudian dibawa ke Jeti APMM Tok Bali sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di Pangkalan APMM Tok Bali, di sini, hari ini.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post