Menteri sarankan mahasiswa supaya lupakan kerja makan gaji kerana kerja makin terhad

Mahasiswa disaran mengubah pemikiran untuk kerja makan gaji selepas tamat pengajian, sebaliknya mereka digalak menceburi bidang keusahawanan yang menawarkan peluang pekerjaan yang sangat luas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia berikutan peluang pekerjaan kini semakin terhad.

Menteri sarankan mahasiswa supaya lupakan kerja makan gaji kerana kerja makin terhad

Menteri sarankan mahasiswa supaya lupakan kerja makan gaji kerana kerja makin terhad

“Jangka hayat penduduk di negara kita semakin bertambah dan taraf kesihatan juga semakin baik, maka peluang pekerjaan menjadi semakin terhad.

“Justeru, mahasiswa perlu mencari strategi dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini, bukan hanya mencari peluang pekerjaan setelah tamat pengajian nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Francais Siswa 2016 di Universiti Malaya (UM) di sini semalam.

Katanya, konsep perniagaan francais yang mudah dan ringkas mampu menjana peluang pekerjaan kepada mahasiswa untuk menjadi usahawan.

Menurutnya, sistem francais di Malaysia membolehkan lebih ramai menceburi bidang perniagaan khususnya francais berskala kecil atau mikro kerana perniagaan melalui sistem itu merupakan model perniagaan yang berisiko rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Sementara itu, UM dinobatkan sebagai pemenang pertama dalam Franchise Business Challenge 2016 dengan menewaskan sembilan universiti lain yang turut bertanding melalui produk “HubBox” yang dihasilkannya iaitu mesin basuh layan diri.

Mesin basuh layan diri tersebut berasaskan kontena dan merupakan yang pertama dihasilkan oleh Pusat Keusahawanan Universiti Malaya (Umec) yang mesra pelanggan, mudah serta menjimatkan masa pelajar yang berada dalam kampus tanpa perlu ke dobi di luar kawasan universiti.

Buat permulaan, mesin layan diri itu akan ditempatkan di beberapa kolej sekitar UM dan akan difrancaiskan kepada universiti lain pada masa akan datang. — Bernama

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post