Nora sedih suami terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa sokongnya di Gegar Vaganza 3

Penyanyi Nora, 43, terkilan apabila suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi tidak begitu memberikan sokongan terhadap pembabitannya dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang memulakan saingan sejak Ahad lalu.

Nora sedih suami tak sokong sertai Gegar Vaganza

Nora sedih suami tak sokong sertai Gegar Vaganza

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berkata, Johan yakin dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah malah menganggap, segala persediaan yang dilakukannya seolah-olah akan beraksi di pentas persembahan biasa.

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3. Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain.

“Saya sempat menegurnya dan memberitahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar. Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.

“Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan,” katanya kepada BH Online.

Khamis lalu, Nora menerusi status di Facebook meluahkan rasa syukur apabila peminatnya tidak pernah putus memberikan kata sokongan sejak persaingan GV3 bermula.

Penyanyi Hanyalah Satu itu, bagaimanapun mengakui, terkilan apabila suaminya terlalu sibuk dengan kerjanya hingga tidak mempunyai masa memberikan perhatian kepada usahanya untuk sentiasa tampil terbaik.

Nora berkata, status yang ditulisnya itu bukan berniat memburukkan suami sendiri, sebaliknya sekadar luahan hati selepas berdepan pelbagai tekanan kerana tidak mahu mengecewakan kepercayaan besar yang diberikan peminat.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu juga bersyukur, luahannya itu tidak dipandang negatif peminat malah mereka sentiasa meniupkan kata semangat supaya dirinya lebih yakin meneruskan perjuangan.

Pada masa sama, Nora juga memastikan dirinya mengambil makanan tambahan yang cukup supaya tidak mudah sakit. Apatah lagi, ketika ini jadualnya begitu padat kerana turut memenuhi jemputan persembahan lain.

“Bagi memantapkan nyanyian, saya fokus kepada latihan vokal dan memastikan rehat yang cukup. Selain, itu, pengambian makanan tambahan juga penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit.

“Saya pula terlebih menerima tawaran menjayakan beberapa persembahan nyanyian sebelum GV3, jadi saya perlu laksanakan tugas itu dengan baik. Ketika ini, jadual harian saya begitu padat tetapi Alhamdulillah, saya mampu melakukannya dengan baik,” katanya.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post