Pelakon Mia Sara Menangis Ketika Cerita Jualan Tudung Tak Laku

Pelakon Mia Sara Menangis Ketika Cerita Jualan Tudung Tak Laku



Mia Sara Nasuha merupakan pelakon cilik yang popular di Malaysia.

Dia juga kini bergelar ahli perniagaan apabila menjadi usahawan menjual tudung keluarannya.

Mia baru sahaja berumur 11 tahun namun perniagaan berjalan dengan baik dan amat berjaya.

Namun baru-baru ini, Mia Sara dilihat telah mengalirkan air mata ketika menceritakan pengalaman sedihnya ketika mula berniaga dulu.

Pelakon ini menceritakan kisah lamanya itu kepada hadirin di majlis pelancaran jenamanya iaitu Mia Sara (MS) Couture.

Pengalaman saat mula-mula berniaga memang pengalaman yang tidak dapat Mia Sara lupakan, sehingga mengalir air matanya apabila bercerita detik tersebut.

Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Dia mendedahkan, pernah satu waktu, langsung tiada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Ini komen Mia:

“MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

“Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,”

“Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi.

“Tambahan selepas Mia diundang oleh TV Al-Hijrah dan berpeluang mempromosikan koleksi tudung saya, jualan tudung saya semakin mendapat sambutan,”


Mia Sara Nasuha kini ini membuat keputusan untuk berhijab dan menceburi bidang perniagaan bersama bapanya.

Alhamdulillah walaupun berdepan detik sukar, kini perniagaannya berkembang maju.

Semoga Mia Sara sentiasa berjaya didunia dan juga akhirat.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post