Pendedahan anak murid Azizan Osman, diajar pergunakan anak yatim untuk marketing, benar atau tidak?

SEJAK gelaran doktor palsu yang digunakan oleh Azizan Osman terbongkar, satu persatu perkara buruk lain didedahkan oleh warga media sosial. Terbaru, salah seorang anak murid Azizan Osman mendakwa diajar pergunakan anak yatim sebagai salah satu teknik pemasaran ‘marketing’ perniagaan.

Pendedahan anak murid Azizan Osman, diajar pergunakan anak yatim untuk marketing, benar atau tidak?

Pendedahan anak murid Azizan Osman, diajar pergunakan anak yatim untuk marketing, benar atau tidak?

Melalui laman Facebook, Ariffin Embong yang difahamkan pernah menjadi anak murid kepada Azizan Osman mendakwa, pernah diajar cara mempergunakan anak yatim bagi tujuan pemasaran.

Menurut Ariffin, Azizan pernah berkata:

“Kita kumpulkan anak-anak yatim, kita buat majlis meraikan mereka, kita panggil media, kita akan dapat kredit daripada masyarakat suka bersedekah. Viralkan di Facebook, Instagram, YouTube sebagai salah satu teknik pemasaran bisnes.”

Ariffin yang berasal dari Sekolah Anak-Anak Yatim Perkaya Terengganu mendakwa sangat terasa dengan kata-kata itu.

“Tok sangat terasa, Tok datang dari asrama anak-anak yatim Perkaya Terengganu. Rupanya kalian sampai tahap hendak gunakan anak-anak yatim untuk purpose marketing?” tulisnya.

 

Bisnes.

Dalam bisnes kita tidak boleh mudah lepas cakap pada orang bila kita marah. Walau pun kita CEO, director syarikat.

Sebab kita ada kuasa, ada wang, orang diam.

Namun bila luka itu telalu dalam. Mereka pun boleh merancang menjatuhkan kita, mencari sudut kelemahan kita, mencari kesilapan kita, membongkar segala rahsia kita.

Tidak lain tidak bukan kerana silap kita lupa diri sebagai hamba Allah merasa hebat dan takabur dengan pinjaman ilmu, title dan wang.

Tahukah Azizan Osman orang yang berbakti dengan engkau dulu ialah orang yang bertanggungjawab membongkar penipuan engkau sebenarnya.

Semua fail berkaitan bisnes temberang engkau ada di tangan mereka. Mereka yang bocor kan.

Itulah dunia bisnes. Yang palsu akan terbongkar juga.

Sebab nota ini nota terakhir untuk AO..”Kita kumpulkan anak-anak yatim, kita buat majlis meraihkan mereka, kita panggil media, kita akan dapat credit dari masyarakat suka bersedekah. Viralkan di facebook, instagram, you tube sebagai salah satu teknik pemasaran bisnes.”

Masih ingat lagi engkau cakap Azizan Osman.

Tok sangat terasa. Tok datang dari asrama anak-anak yatim Perkaya Terengganu. Rupanya kalian sampai tahap hendak gunakan anak-anak yatim untuk purpose marketing?

Sebenarnya inilah kifarat Allah pada you Azizan Osman. Tipu phd dan memanipulasi ratusan ribu orang dengan air liur engkau sahaja.

Engkau joget, kami joget.
Engkau menari, kami menari.
Engkau suruh saya “i”. Kami say “i”

Namun kita tidak BODOH dan BANGANG Azizan Osman.😂😂😂😂😂

Sayonara..

Kisah murid dan guru.😄😄😄😄😄

MR ARIFFIN
#MRSOL

*You bermula dengan Phd tipu akhirnya orang tahu juga you penipu walau pun setiap tahun you pergi Mekah untuk cuci dosa yang you tahu, memang you sedang menipu.

Ramai lagi individu-individu yang pernah ditipu oleh Azizan muncul di laman sosial mendedahkan tembelangnya.

Salah seorang sahabat blogger, Edy Noor Reduan, turut mendedahkan bagaimana rakan-rakannya ditipu ‘scam‘ dan terpaksa membayar dua kali ganda kursus MMM yang sepatutnya cuma berharga RM500 akibat muslihat yang nampak sengaja dilakukan.

 

Sumber: Milo suam



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post