Tidak mahu bermusuh lagi, Tun Mahathir berdamai dengan Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu lagi bermusuhan dengan bekas timbalannya yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sudah berdamai,” kata bekas perdana menteri itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Tun Mahathir sudah berdamai dengan Anwar

Tun Mahathir sudah berdamai dengan Anwar

 

 

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan antara mereka berdua, sejak Anwar disingkir pada September 1998, Mahathir menjawab: “Saya patut harap begitu”.

Kenyataan terbaru Dr Mahathir itu berbeza daripada reaksinya kepada media selepas berjabat tangan dengan Anwar di mahkamah bulan lalu, setelah 18 tahun tidak bertemu.

Bekas presiden Umno itu sebelumnya berkata beliau hadir di situ untuk menyokong Anwar yang mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan bukannya berdamai.

Anwar masih menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat tetapi dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar permohonannya mencabar kesahan akta tersebut.

Dr Mahathir meninggalkan Umno pada Februari lalu susulan pergeserannya dengan Datuk Seri Najib Razak dan kemudian cuba menyatukan pembangkang melalui gerakan “Deklarasi Rakyat”.

Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, Dr Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang diluluskan bulan lepas.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post