Video anak menangis didodoikan bapa dengan lagu Sepohon Kayu

LAGU tidak kena? Atau jiwa anak terlalu ‘halus’? Ramai pelayar terhibur dan tidak kurang juga pelik apabila seorang ayah membuat keputusan untuk menyanyikan lagu Sepohon Kayu untuk anak perempuannya.

Berdasarkan sebuah video yang viral di Facebook, seorang lelaki dikatakan cuba menidurkan anaknya dan telah memilih lagu nasyid berkenaan untuk dinyanyikan.

Video anak menangis didodoikan bapa dengan lagu Sepohon Kayu

Video anak menangis didodoikan bapa dengan lagu Sepohon Kayu

Anak perempuannya yang kelihatan mengantuk pada mulanya bagaimanapun nampak ‘sedih’ dan mula mengalirkan air mata perlahan-lahan  menyebabkan ayahnya berhenti menyanyi.

Selepas disapa bapanya, kanak-kanak itu kemudiannya mula meraung.

“Alah, alah. Sorry, sorry,” kedengaran suara si bapa cuba memujuk anak kecilnya itu.

Warga laman sosial jelas terhibur dan ‘terusik’ hati melihat telatah comel kanak-kanak dan ayah berkenaan.

“Alolo cute.. suara abah ‘sedap’ sangat…,” kata Mas.

“Hahahhaha comel. Kalau aku bini dia, aku azankan tepi telinga si bapak tu,” kata Shameera.

Rakaman viral berkenaan kini telah ditonton lebih 1.3 juta pelayar di Facebook.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post