Video lelaki dipukul di stesen minyak bukan polis!

Polis menegaskan mereka yang kelihatan dalam rakaman video pergaduhan di sebuah stesen minyak adalah anggota polis atau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang diviralkan.

Bukan polis, bukan SPRM!

Bukan polis, bukan SPRM!

Dalam rakaman video 39 saat itu, seorang lelaki berkemeja T hitam bertulis ‘PDRM’ dibelasah di sebuah stesen minyak yang tidak dinyatakan lokasinya.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, semakan mendapati lelaki itu adalah orang awam yang menyamar sebagai anggota polis.

“Dia pernah terbabit dalam kes curi motosikal di Kuantan, Pahang, September lalu.

“Pada 5 Oktober lalu, lelaki itu ditangkap orang awam di Rawang, Selangor, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu tidak membabitkan mana-mana pegawai SPRM seperti didakwa.

“PDRM memandang serius berita palsu yang disebarkan ini kerana ia menjejaskan hubungan baik antara agensi kerajaan.

“Penyebaran video itu boleh mencalar kredibiliti PDRM dan SPRM serta menjejaskan keyakinan masyarakat,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post