Video samseng baju merah beri amaran kepada polis

BUKAN main lagi samseng baju merah kali ini, mereka semakin berani seolah-olah undang-undang negara ini dan pihak Polis berada di bawah telunjuk mereka.

Dalam satu rakaman serangan samseng baju merah yang memakai baju T Shirtberlogo Umno terhadap konvoi Bersih 5 di Alor Setar, Kedah dapat kita lihat gelagat salah seorang samseng baju merah memberi amaran kepada anggota Polis yang cuba menenangkan keadaan.

 

Video samseng baju merah beri amaran kepada polis

Video samseng baju merah beri amaran kepada polis

 

 

“Jangan pegang saya jika tak mahu jadi apa-apa!” bentak seorang samseng baju merah (sebut machai baju merah) sebaik sahaja salah seorang anggota Polis cuba menghampirinya.

Anggota Polis itu nampak bertindak dengan cara lembut, cuba menenangkan keadaan, minta supaya dia tidak mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap konvoi Bersih 5.

“Jangan cakap yang bukan-bukan, jangan timbulkan provokasi” kata polis tersebut dengan tenang.

Namun samseng itu terus meninggikan suara sebelum rakan-rakannya melaungkan jeritan “hidup Umno!” sesama mereka.

Jelas di sini pemimpin Umno berjaya menjadikan machai-machai mereka merasa bangga walaupun hanya memainkan watak sebagai machai.

Baru jadi machai, sudah begitu sombong sampaikan polis pun dia berani bagi amaran.

“The pride of machai…”

Sumber: Milosuam



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post