Zarina Zainuddin kembali bertudung selepas menangis ketika sujud solat subuh

Pelakon Zarina Zainuddin mengesahkan beliau kembali bertudung sejak 30 September lalu.

Zarina, 45, berkata ketika menunaikan solat Subuh pada hari terbabit, beliau dapat berasakan seakan-akan ada ‘suara’ yang memintanya untuk berubah demi kebaikan.

Zarina Zainuddin kembali bertudung

Zarina Zainuddin kembali bertudung Selanjutnya di : http://ift.tt/2e9Eol9

Zarina Zainuddin kembali bertudung

“Entahlah, tiba-tiba apabila melihat anak-anak, terasa sayu di hati. Selama ini, ketika saya menunaikan solat, sukar untuk saya melakukannya dengan khusyuk. Bagaimanapun pada Subuh Jumaat itu (30 September), sewaktu solat, hati terasa sayu dan tiba-tiba pula saya menangis ketika sujud.

“Saat itu, seakan-akan ada suara yang berkata, berubahlah untuk kebaikan. Kemudian saya berdoa kepada Allah, kenapa saya tidak mendapat hidayah-Nya, apakah saya jahat atau adakah hati saya keras untuk mengikut suruhan-Nya? Sedangkan, saya sudah berasa semua kesusahan, kesenangan dan kebahagiaan yang Allah beri.

“Saya berdoa kepada Allah, saya tidak mahu apa-apa lagi kerana sudah serba cukup, mempunyai keluarga sempurna, anak-anak, suami dan madu yang baik, tetapi iman pula belum kuat,” katanya kepada BH Online.

Zarina bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut mengenai penghijrahannya itu memandangkan dirinya masih baru berbuat begitu. Wanita ini turut risau dengan ujian yang bakal dilalui pada masa akan datang.

“Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih.

“Diharap saya dapat mengharungi kehidupan ini dan saya berdoa, sekiranya gagal, saya berharap Allah dapat membantu saya ke jalan yang lebih baik,” tuturnya.

Terdahulu, Zarina pernah menjalani tempoh percubaan bertudung sepanjang Ramadan lalu.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post