4 madu duduk serumah, apa rahsia penternak ayam murah rezeki?

Seorang penternak ayam berjaya menyatukan empat isterinya tinggal sebumbung malah mengakui rezekinya bertambah selepas berpoligami.

Mohd Yusoff Amin, 52, mesra dipanggil Pak Yob bersyukur rumah dibangunkan di 0.2 hektar di Kampung Balai Baru, Beseri, di sini, siap sepenuhnya tahun lalu.

4 madu duduk serumah, apa rahsia penternak ayam murah rezeki?

4 madu duduk serumah, apa rahsia penternak ayam murah rezeki?

“Ramai orang tidak yakin dengan soal kewangan apabila berkahwin empat tetapi berbanding ketika beristeri seorang dahulu, rezeki saya kini lebih murah,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.

“Daripada berjalan kaki, sekarang ada beberapa buah kereta.”

Berkongsi rahsia poligami, suami kepada isteri berumur antara 49 tahun hingga 36 tahun berkata perlu jujur, ikhlas dan bijak menjaga hati semua madu-madunya.

Bapa 22 anak itu juga enggan mudah percaya dengan cerita yang dijaja orang luar tentang rumah tangganya.

“Apa sahaja ‘aduan’ oleh isteri kepada madu yang lain, saya dengar tetapi tidak akan sampai kepada individu itu.

“Sebaliknya apa sahaja yang tidak berpuas hati atau berhutang, hanya akan dibangkitkan dan diselesaikan pada hari raya Aidilfitri,” katanya.

Pak Yob menyara keluarga dengan membela kira-kira 400 ekor ayam piru (belanda) dan 200 ekor itik dibelakang rumah.

“Syukurlah apabila rezeki dimurahkan Allah dan saya mampu membina dua pintu lagi serta menempatkan isteri-isteri di setiap buah rumah yang ibaratnya sebuah rumah panjang.

“Bahagian dapur bagaimanapun bersambung. Tiada dinding atau pintu. Dengan cara ini membolehkan madu-madu saya serta anak-anak kami bermesra antara satu sama lain,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post