500 pasangan bertemu jodoh menerusi segmen Suria Cinta

500 pasangan bertemu jodoh menerusi segmen Suria Cinta | Bagi anda yang gemar mendengar radio, pasti mengenali penyampai radio yang bersuara lunak yang turut bergelar doktor cinta. Menemani anda setiap hari Ahad hingga Jumaat bermula jam 8 malam hingga 1 pagi, DJ Lin setia mendengar apa jua masalah cinta pendengarnya. 

500 pasangan bertemu jodoh menerusi segmen Suria Cinta

500 pasangan bertemu jodoh menerusi segmen Suria Cinta

Kongsi pengalaman

Bagi DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 40, 13 tahun mengendalikan segmen suria cinta ini begitu mematangkan. Dengan barisan pendengar yang telah mencecah jutaan orang ini, Suria Cinta sudah begitu sebati dengan dirinya dan seolah-olah memberikan ketenangan. Begitu menghargai sokongan peminat, DJ Lin bersyukur dengan apa yang diperolehinya kini.

Tahun ini juga merupakan tahun yang cemerlang bagi dirinya apabila dia berjaya dinobatkan penyampai radio wanita popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 memecah dominasi penyampai radio wanita yang lain. Dengan adanya berkat kesabaran dan kesetiaan, setiap titik usaha begitu berbaloi dan membuahkan hasil.

Menceritakan pengalamannya mengendalikan segmen cinta yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, DJ Lin menegaskan jiwa dan keserasian dengan pendengar merupakan formula utama. Menurutnya, “pendengar sekarang semua bijak. Mereka tahu menilai penyampai radio mana yang gaya penyampaiannya dibuat-buat atau yang mana tulen. Saya mengendalikan segmen Suria Cinta ini dari hati ditambah pula dengan karakter saya memang begini, jadi chemistry itu ada”.

Seleksi lagu amat memainkan peranan penting. DJ Lin akan memastikan lagunya dipilih dan disusun sendiri mengikut citarasa dan kehendak pendengar. “Lagu-lagu di dalam segmen saya banyak dari era 90-an dan baru-baru ni sahaja saya masukkan lagu cinta baru. Tapi dari respon yang saya terima dari pendengar, lagu cinta lama dan klasik lebih memberikan impak pada mereka”, ujarnya lagi ketika ditemubual.

Permainan cinta

Kami sempat bertanya pada DJ Lin, mengapa rakyat Malaysia suka betul dengan topik cinta? DJ Lin sempat ketawa sambil menjawab, “kita suka mendengar dan belajar dari pengalaman cinta orang lain. Cinta adalah sesuatu yang begitu tulus dan dekat dengan hati kita. Hampir setiap orang akan melalui proses ini jadi bila kita tahu kisah dan pengalaman orang lain, kita boleh relate dengan kisah kita sendiri”.

Jadi bagaimana DJ Lin begitu sebati dengan isu cinta, “saya sendiri telah melalui pelbagai pengalaman suka duka pahit bercinta, berpisah dan sebagainya jadi saya faham apa yang pendengar lalui dan  apa yang mereka rasa, saya juga pernah rasa. Saya juga suka melayan pendengar jadi bila mereka cerita masalah, suka dan duka perihal cinta, saya sentiasa ada dengan mereka.”, jelasnya lagi.
 
Projek cari jodoh

Istimewanya menerusi segmen Suria Cinta atau nama asalnya Citra Cinta, DJ Lin telah menemukan jodoh hampir 500 pasangan. “Setiap hari kita ada slot untuk pendengar mencari cinta. Anda boleh mendaftar di laman web Suria FM ataupun di WeChat Suria FM dan saya akan bantu untuk menemukan anda dengan ciri-ciri pasangan idaman”.

DJ Lin sendiri berasa cukup teruja jika ada pasangan yang menemui jodoh mereka menerusi segmen Suria Cinta, bersatu. “Saya sendiri telah menerima banyak undangan ke majlis perkahwinan yang bertemu jodoh menerusi segmen saya ini dan jika ada kesempatan, memang saya akan pergi. Setakat ini saya telah ke majlis perkahwinan pendengar di Johor, Melaka, Kuantan, utara dan banyak lagi”, katanya lagi.

Mula diperkenalkan sejak tahun 2003 lagi, DJ Lin kini berhasrat untuk mencari mana-mana pasangan yang bertemu jodoh menerusi segmen Suria Cinta dan menghubunginya. “Kita sekarang dalam perancangan untuk menghasilkan video pasangan yang bertemu jodoh menerusi Suria Cinta. Projek ini akan bermula tahun hadapan jadi mana-mana pasangan tidak kira dan beranak-pinak ataupun baru bertunang, boleh ke Instagram saya dan tinggalkan maklumat dan kami akan menghubungi anda”, jelas DJ Lin.

Antara pasangan yang bertemu jodoh menerusi segmen Suria Cinta

source: imgur.com

source: imgur.com

source: imgur.com

source: imgur.com

source: imgur.com

Rezeki semakin murah

Tidak hanya sibuk dengan tugas di studio serta menjadi ibu tunggal kepada Nureen Aresya, 15 dan Nazren Asyran, 13, DJ Lin tidak putus-putus menerima undangan menjadi duta produk. Dia baru sahaja menjadi duta bagi Sea Horse, jenama kelengkapan rumah serta turut bergelar duta bagi jenama penapis air terhebat dari Korea, Cuckoo. “Syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberikan dan saya yakin dengan usaha yang berterusan, orang akan nampak hasil kerja kita”, ujarnya.

Sumber: Rojak Daily



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post