Anak Guru Vokal Siti Hajar Kritikal Kemalangan

Anak Guru Vokal Siti Hajar Kritikal Kemalangan

Gambar: Cikgu Siti Hajar/Facebook

Anak bongsu guru vokal, Siti Hajar Ismail, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, kini kritikal selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Duta-Ula Kelang (DUKE) pada pagi Isnin lalu.

Siti Hajar dalam akaun Facebook (FB) miliknya memaklumkan tentang berita kemalangan itu pada jam 1.56 petang Isnin dan meminta pengikut FB mendoakan anaknya segera sembuh dan urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. Afif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami pendarahan otak.


Terbaharu, Afif dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pertama untuk memasukkan tiub bagi mengawal tekanan otak, namun keadaannya masih belum stabil. Afif dijadulkan menjalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan darah beku pada bahagian otaknya, selepas sedar dari koma.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post