Anggota JPJ maut digilis treler di tol setia alam

Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor maut digilis sebuah treler berdekatan Plaza Tol Setia Alam, di sini sebentar tadi.

Mangsa, Mohd Ridwan Yusof, 34, yang parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1 petang tadi.

Anggota JPJ maut digilis treler di tol setia alam

Anggota JPJ maut digilis treler di tol setia alam

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakan setugas sedang membuat pemeriksaan rutin di kawasan berkenaan.

Katanya, rakan setugas yang berada kira-kira 20 meter dari mangsa hanya menyedari mangsa digilis selepas dimaklumkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post