Auntie Anne’s Tukar Nama demi status Halal

Auntie Anne’s Tukar Nama demi status Halal
Sebelum ini viral di media sosial tentang pemberian pensijilan halal yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada francais makanan segera Auntie Anne’s yang dikatakan berpunca daripada perkataan ‘dog’ pada nama makanan mereka.
 
Sebelum ini, pihak JAKIM pernah menafikan dakwaan bahawa pemohonan sijil halal Auntie Anne's ditolak berikutan perkataan 'dog' pada menunya dan menyalahkan pihak media yang membangkitkan kemarahan orang ramai. Sebaliknya Pengarah bahagian halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, permohonan sijil halal Auntie Anne's ditolak kerana  permohonan mereka yang tidak lengkap. Auntie Anne's dalam jawapan balasnya turut menjelaskan bahawa mereka menggukan bahan-bahan yang dibeli dari pembekal yang mempunyai sijil halal dari JAKIM. Namun salah satu daripada perkara yang diambil kira oleh pihak Jakim ialah tentang nama makanan yang baik bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna seperti Non Alcoholic Beer dan No pork.
 
Terbaharu, Pegawai eksekutif Auntie Anne’s Malaysia, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali seperti yang dipetik Malay Mail memaklumkan pihak mereka telah menukar nama makanan mereka ‘Pretzel Dog’ kepada 'Pretzel Sausage' seperti yang dikehendaki dalam perakuan sijil halal demi mendapatkan pensijilan Halal.
 
Pengguna yang masih ragu-ragu dengan status Halal sesuatu premis bolehlah menyemak pengesahan halal melalui portal www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar myJakim.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post