Awie banyak amal zikir dan selawat elak terus disantau

Penyanyi rock Awie banyak amal zikir dan selawat untuk dijadikan pendinding daripada terkena santau oleh individu yang busuk hati terhadap dirinya.

Awie, nama popular Ahmad Azhar Othman berkata selain menjalani rawatan, beliau juga berdoa dan bertawakal agar kakinya yang sakit sejak 12 tahun lalu pulih.

Awie banyak amal zikir dan selawat elak terus disantau

Awie banyak amal zikir dan selawat elak terus disantau

“Saya terpaksa menanggung derita sejak sejak hampir 12 tahun akibat perbuatan terkutuk individu yang masih menghantar santau kepada saya.

“Kesakitan ini semuanya dari Allah. Saya perbanyak zikir dan selawat supaya apa saja pekerjaan dilakukan dipermudahkan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi Tragedi Oktober sebelum ini berkahwin dengan Rozana Misbun di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 namun bercerai pada penghujung 2014.

Terbaru, hero filem Sembilu itu memilih Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, untuk perkahwinan ketiganya di lokasi sama.

Beliau pernah mengadu sakit kaki setiap kali terlibat projek berskala besar, namun doktor mengesahkan dia tidak menghidap gout.

Kerana sering menghidap penyakit misteri, Awie terpaksa merahsiakan lokasi perkahwinan ketiganya untuk mengelak “gangguan”.

Awie, 48, berkata walaupun pernah menemui beberapa objek misteri sebelum ini namun beliau enggan mendapatkan rawatan yang bercanggah dengan Islam.

“Saya pernah menemui botol kecil mengandungi cecair dan rambut di bawah tilam dipercayai untuk tujuan sihir,” beliau dilaporkan berkata. 

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post