Mohd Amir Faizal mengakui melalui pelbagai pengalaman ketika di bertugas antaranya berdepan mangsa kemalangan yang terputus anggota badan. (Gambar: Mohd Amir Faizal - Facebook)
Mohd Amir Faizal, 37, yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Sungai Petani berkhidmat sebagai sukarelawan sejak empat tahun lalu mengakui melalui pelbagai pengalaman ketika bertugas antaranya berdepan mangsa kemalangan yang terputus anggota badan.
Tambahnya seperti dilaporkan Utusan Online, tiga mangsa pernah meninggal dunia dalam dakapannya ketika berusaha membantu memberi bantuan penafasan mulut ke mulut (CPR). Kejadian seumpama itu membuatkan dia seringkali menitiskan air mata meskipun dianggap garang dan keras hati.
Mohd Amir berkongsi pandangan, sukarelawan perlu wujud di rumah masing-masing agar tahu perkara asas menyelamat. Akuinya, menjadi sukarelawan sepertinya suatu yang sukar kerana berdepan mangsa kemalangan, korbankan masa tidur di awal pagi dan wang ringgit untuk membeli peralatan menyelamat.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW