Dakwaan stereng Axia terkunci tidak berasas, Perodua akan ambil tindakan

Perodua Sales Sdn Bhd hari ini menafikan dakwaan berlakunya masalah stereng Axia terkunci seperti yang dipaparkan sesetengah pihak di laman media sosial baru-baru ini.

Dakwaan Stereng Axia Terkunci Tidak Berasas - Perodua

Dakwaan Stereng Axia Terkunci Tidak Berasas – Perodua

Pengarah Urusan, Datuk Dr. Zahari Husin berkata dakwaan tersebut tidak berasas dan syarikat itu bersama beberapa agensi berkaitan telah membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan berkenaan.

“Kami kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu yang telah menjejaskan jenama Perodua. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Perodua juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bersesuaian ke atas pihak yang bertanggungjawab.

“Perodua memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan yang ketat, yang ditetapkan Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya.-Bernama

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post