Datuk Seri Ahmad Husni letak jawatan Menteri Kewangan II kerana hidayah Allah, bukan kerana IMDB

Keputusan Datuk Seri Ahmad Husni letak jawatan meninggalkan kabinet kerana mendapat hidayah Allah dan tiada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Husni berkata kesedaran untuk meletakkan jawatan Menteri Kewangan II diperoleh semasa mengerjakan Umrah di Mekah, lapor portal Star Online.

Datuk Seri Ahmad Husni letak jawatan Menteri Kewangan II kerana hidayah Allah, bukan kerana IMDB

Datuk Seri Ahmad Husni letak jawatan Menteri Kewangan II kerana hidayah Allah, bukan kerana IMDB

Kini disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Husni berkata beliau tidak lagi mengulas tentang isu 1MDB sejak Disember 2015.

“Adakah anda melihat saya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB sejak itu [Disember]? Tidak, ia adalah kerana ketika itulah satu demi satu maklumat tentang isu itu timbul dan saya sedar ada percanggahan,” katanya dilapor portal berbahasa Inggeris.

Ahli Parlimen Tambun berkata dirinya mula membangkitkan persoalan tentang 1MDB kerana firma itu tidak memenuhi objektif.

Bekas Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) sebelum ini dilaporkan berkata keputusan dibuat kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain sebelum rombakan kabinet diumumkan Jun lalu.

Sumber : Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post