Tindakan pelakon Uqasha Senrose membuka tudung pada penghujung Ogos lalu mengundang pelbagai reaksi peminat.
Di laman sosial, Uqasha, 23, tidak henti-henti dicemuh malah ada yang menggelarnya dengan panggilan negatif.
Bagaimanapun, Uqasha yang juga pelakon drama Tundukkan Playboy itu mengakui segala apa yang dilemparkan kepadanya tidak meninggalkan kudis dan memberi sebarang tekanan.
“Saya tak tertekan pun dengan segala persepsi dan maklum balas yang diberikan. Memandangkan ini adalah pilihan sendiri, saya perlu berani menghadapinya. Rutin harian saya berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
“Tak telintas langsung dalam fikiran untuk berkurung di rumah. Saya tak mahu lagi bersikap hipokrit dengan semua orang,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW