Dikritik UMNO, Syed Saddiq sindir isu Nazri tegur TMJ

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyindir Umno dengan mengungkit telatah parti itu tatkala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menegur Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dikritik UMNO, Syed Saddiq sindir isu Nazri tegur TMJ

Dikritik UMNO, Syed Saddiq sindir isu Nazri tegur TMJ

Umno ketika itu, ujar beliau, tidak pula melabel Nazri sebagai seorang yang biadap, malah ada juga di kalangan pemimpinnya yang mempertahankan kenyataan ahli Parlimen Padang Rengas itu.

“Saya nak tanya, di manakah Umno apabila TMJ disindir oleh Nazri, Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.

“Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri,” kata Syed Saddiq sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin yang menyifatkannya sebagai ‘mentah’.

Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq agar jangan biadap kerana mempersoalkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan oleh Sinar Harian Online.

Terdahulu, Nazri dikecam warga netizen kerana menegur TMJ agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

Teguran Nazri itu dibuat setelah laman Facebook pasukan bola sepak Johor memetik kenyataan TMJ yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak hadir dalam dialog dengan NGO sekitar bulan Jun yang lalu.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, pemimpin Umno Tebrau itu dinasihatkan untuk tidak menunjukkan sikap talam dua muka dan tidak menjadi seorang hipokrit.

“Panggillah saya mentah kerana budak mentah inilah yang akan berjuang untuk menjatuhkan UMNO dan BN demi negara tercinta.

“Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan memastikan surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia.

“Hormat itu tetap. Rakyat dan Raja berpisah tiada,” jelasnya lagi.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post