Dipenjara 18 bulan, Rafizi Ramli kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jawatan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, tidak terjejas berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini yang menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadapnya.

 
Dipenjara 18 bulan, Rafizi Ramli kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan

Dipenjara 18 bulan, Rafizi Ramli kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pihaknya menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status Rafizi sebagai Ahli Parlimen sejak hukuman itu dijatuhkan.

“SPR ingin memaklumkan bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan. Berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan itu.

“Oleh yang demikian, kerusi yang disandang beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya.

“Memandangkan kes ini masih belum selesai, adalah tidak wajar bagi SPR untuk membuat ulasan berkaitan dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi ini, lebih-lebih lagi selepas laporan media menyebut rayuan akan difailkan oleh Rafizi,” katanya.

Mengikut Mohd Hashim, sebarang proses perundangan berkaitan kerusi Parlimen Pandan akan hanya ditentukan selepas proses rayuan di mahkamah dan di bawah Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post