Donald Trump lantik tiga anak sendiri dalam pasukan peralihan yang akan memilih barisan kabinet

Bakal Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin menamakan tiga anaknya, Ivanka, Donald Jr dan Eric serta menantunya, Jared Kushner sebagai sebahagian daripada pasukan peralihan yang akan memilih barisan anggota Kabinet baharu negara itu.

Donald Trump lantik tiga anak sendiri dalam pasukan peralihan yang akan memilih barisan kabinet

Donald Trump lantik tiga anak sendiri dalam pasukan peralihan yang akan memilih barisan kabinet

Kesemua mereka akan membantu proses mengenal pasti individu untuk jawatan tertinggi pentadbiran White House dan Kabinet menjelang pelantikan rasmi beliau pada 20 Januari depan.

“Misi pasukan kami adalah jelas dengan meletakkan pasukan paling berkelayakan tinggi dalam kalangan pemimpin berjaya yang dapat melaksanakan agenda perubahan di Washington,” kata Trump dalam satu kenyataan.

Selain itu, jutawan hartanah terbabit turut melantik gandingannya ketika bertanding jawatan presiden, Mike Pence sebagai ketua yang akan memimpin pasukan peralihan tersebut.

Menurut laporan Bloomberg Politics, Trump telah menyediakan senarai awal anggota Kabinet yang berpotensi termasuk beberapa bekas calon presiden.

Dalam perkembangan berkaitan, Ivanka bersama adik beradiknya yang lain turut dinamakan sebagai pemegang amanah syarikat bapa mereka selepas Trump Organization mengumumkan syarikat terbabit akan memindahkan kawalan perniagaan tersebut kepada mereka. – AFP

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post