Dua pelakon yang sebelum ini nafikan terjebak cinta lokasi, tup-tup tinggal sebumbung! – Miss K

Tadi, masa tengah menonton Gegar Vaganza (GV 3) secara online, Miss K terima satu emel daripada seseorang yang mengaku pembaca setia gosip Miss K. 

Entah iya dia minat atau sengaja nak beli jiwa Miss K, tak tahulah kan. Tetapi berita yang disampaikan oleh ‘so called’ pembaca setia ini agak hangat dan sensasi.

Dua pelakon yang sebelum ini nafikan terjebak cinta lokasi, tup-tup tinggal sebumbung! - Miss K

Dua pelakon yang sebelum ini nafikan terjebak cinta lokasi, tup-tup tinggal sebumbung! – Miss K

Kata si pembaca setia, dia tahu mengenai hubungan cinta dua pelakon yang sebelum ini menafikan terjebak dengan cinta lokasi.

Panjang berjela e-mel dia dan yang menarik perhatian Miss K, si pembaca setia kata mereka (pasangan pelakon) kini tinggal sebumbung!

Miss K yang baca e-mel tu pun terkejut, dan Miss K yakin korang pun sama sebab tuduhan tanpa bukti boleh jadi fitnah…Ye tak?

Berat untuk Miss K percaya kerana melihat kepada personaliti kedua-duanya, rasa macam tak percaya mereka tegar untuk melanggar hukum Allah dan buat maksiat.

Tinggal sebumbung dan bukan mahram, berdosa besar. Jadi Miss K pun tak mahulah menambah-nambah kerana bimbang dituduh menyebar fitnah.

Cuma si pembaca setia tadi kata dia tidak suka melihat kehidupan dua pelakon ini tersasar jauh kerana kedua-duanya ada masa depan cerah dalam dunia lakonan.

Jika benar dakwaan si pembaca setia, Miss K harap dua pelakon popular ini bertaubatlah ya, sebelum pecah tembelang.

Hmmm…Miss K nak sambung tengok GV 3 di http://ift.tt/1QogQ8e sebab nak hilangkan rasa ‘tak percaya’ lepas baca e-mel pembaca setia.

Rasa Miss K, kedua-dua pelakon popular tersebut bukan golongan yang macam itu tetapi manalah tahu kan, sedangkan pantai boleh berubah inikan pula perangai manusia. 

Harapnya, cerita yang Miss K dengar ini hanyalah khabar angin sepoi-sepoi bahasa. 

Miss K: Tak guna wajah kacak lawa, tetapi perangai tak berapa indah. 

Sumber: Astro Gempak



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post