Fara Fauzana dikecam netizen, didakwa sengaja perli Elly Mazlein dalam Semi final Muzik-Muzik

Fara Fauzana dikecam netizen, didakwa sengaja perli Elly Mazlein dalam Semi final Muzik-Muzik | Akhirnya terjawab sudah teka-teki 12 lagu terbaik yang berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31). Antara yang mara ialah lagu Ku Rela Dibenci dan Terakhir nyanyian Aiman Tino dan Sufian Suhaimi yang buat pertama kali menjejakkan kaki ke Anugerah Juara Lagu.

Fara Fauzana dikecam netizen, didakwa sengaja perli Elly Mazlein dalam Semi final Muzik-Muzik

Fara Fauzana dikecam netizen, didakwa sengaja perli Elly Mazlein dalam Semi final Muzik-Muzik

Namun disebalik kerancakan konsert separuh akhir muzik-muzik yang berlangsung semalam, ada ‘cerita panas’ yang menjadi bualan hangat netizen khususnya peminat Elly Mazlein. Kata mereka Fara Fauzana sengaja memerli Elly Mazlein yang menarik diri dari Gegar Vaganza tempoh hari. Betul ke?

Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri

 

Kami tak pasti sama ada Fara Fauzana terlepas cakap atau memang disengajakan namun semasa sesi memperkenalkan juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Fara Fauzana meminta Tok Ram supaya jangan risau kerana di muzik-muzik takkan ada penyanyi yang menarik diri.

Tok Ram yang juga juri tetap Gegar Vaganza tempoh hari dikecam hebat netizen gara-gara komennya terhadap Elly Mazlein. Susulan komen itu, Elly Mazlein mengambil keputusan menarik diri.

Komen Elly Mazlein

Ingat habis sampai situ je, rupanya gelagat Fara Fauzana ini mendapat perhatian Elly Mazlein sendiri. Elly Mazlein sempat meninggalkan komen di Instagram Fara Fauzana.

Peminat pun apa lagi, masing-masing ambil peluang untuk komen juga. Ada yang menghentam dan menyokong Fara Fauzana.

 

Hanya Fara Fauzana je tahu apa maksud beliau bila berkata sedemikian. Harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Benda dah lepas kan, move on please!

AJL 31 bakal berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur.

Sumber : Fara Fauzana

Via: Oh Bulan

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post