Gempar! Buaya berkeliaran depan pusat beli-belah di Kota Kinabalu

Gempar! Buaya berkeliaran depan pusat beli-belah di Kota Kinabalu | Seekor buaya sepanjang dua meter ditangkap selepas berkeliaran di depan pusat beli-belah Karamunsing di sini pada awal Sabtu.

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh seorang pejalan kaki yang menyangka reptilia itu merupakan biawak gergasi.

Gempar! Buaya berkeliaran depan pusat beli-belah di Kota Kinabalu

Gempar! Buaya berkeliaran depan pusat beli-belah di Kota Kinabalu

Namun selepas mendapati haiwan tersebut merupakan seekor buaya, lelaki berkenaan menghubungi Jabatan Pertahana Awam (JPAM) untuk tindakan lanjut.

Pengarah JPAM Sabah, Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata, mereka dimaklumkan tentang penemuan buaya tersebut kira-kira pukul 2 pagi dan berjaya menangkap reptilia itu hanya dalam tempoh tiga minit.

 

“Buaya seberat 55 kilogram itu yang dipercayai dari kawasan pembentungan hujan, agak agresif,” katanya.

Buaya itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum diserahkan kepada jabatan hidupan liar.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post