Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menduduki kedudukan beregu nombor satu dunia dengan 71,297 mata. (Gambar: The Star)
Kedudukan terkini kedua pemain beregu negara itu yang pernah mencatat kejayaan meraih pingat perak pada kejohanan sukan Olimpik Rio 2016 diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam selepas mengumpul 71,297 mata.
Sementara itu, pasangan beregu China, Chai Biao dan Hong Wei di tempat kedua dengan jumlah 70,220 mata diikuti tempat ketiga, pasangan beregu Denmark Mathias Boe dan Carsten Mogensen dengan 67,534 mata, seperti dilaporkan Kosmo!. Pasangan beregu negara itu menjuarai Terbuka Denmark baru-baru ini sekaligus mengatasi pasangan beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
Merujuk laman sesawang BWF juga, Chong Wei masih kekal sebagai juara nombor satu dunia menerusi 93,503 mata manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying meraih 67,060 mata di tempat keempat dunia.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW