Guna aplikasi ini untuk laporkan peniaga sorok minyak! Baru je report terus call! | Isu kenaikan harga minyak masak ini menjadi bualan netizen sejak akhir akhir ini. Ada beberapa pihak yang tidak bertanggjawab yang mula mengambil kesempatan dengan menyorok minyak. Rata rata netizen mula tidak senang dengan situasi ini.
Terpanggil untuk menyelesaikan permasalahan ini, seorang lelaki di laman Facebook nya berkongsi kaedah untuk membuat aduan. Tak sangka rupanya wujud apps ni. Tetapi, agak kelakar bila percubaan lelaki ini dianggap serius. Hehe. Itu tandanya pihak KPDNKK mengambil serius isu ini.
Tak sangka wujudnya ‘apps’ membuat aduan
Saja ‘test test’ tetapi…
Daripada mengamuk tak tentu hala, baik guna apps ni
Install apps ni sekarang!
Langkah 1: Muat turun aplikasi di Playstore. P/s: Jangan lupa baca sebelum muat turun apa apa aplikasi. #janganmalas
Langkah 2: Daftar Baru, dan Log In.
Langkah 3: Klik pada Aduan Baru
Langkah 4: Pilih jenis laporan, dalam kes ni aku pilih sorok barang kawalan.
Langkah 5: Isi maklumat laporan
Langkah 6: Masukkan maklumat aduan
Langkah 7: Tekan pada logo maps dan dia akan auto tag. Ni smart.
Langkah 8: Ambil gambar, masa aku test semalam tak perlu amik gambar. Kat sini kau dah boleh tekan hantar.
Langkah 9: Kembali ke home dan klik pada semak aduan dah hantar ke belum. Status akan jadi, DITERIMA.
Tersilap besar cuba ‘Test Test’
Aku agak skeptikal akan dihubungi KPDNKK, sebab aku isi memang nak tak nak je..haha. Laporan DITERIMA jadi SEDANG DISIASAT..gulp
Dapat panggilan terus..
Rupa-rupanya aku silap besar..haha
Haa senang kan cara dia ajar? Disebabkan dia berani ‘test’, kita boleh la tahu kaedah yang betul. Tapi korang jangan pulak pergi ‘test’ lagi ye. Mengamuk pegawai KPDNKK nanti. Hehe
Sumber : Khairul Azri
Via: Oh Bulan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW