Hafidz Roshdi mohon maaf langgar kontrak promosi produk lain

Pertikaian antara Hafidz Roshdi dengan pengusaha produk kecantikan dan makanan tambahan, Maria Miracle (MM), selesai apabila pelakon baharu itu memohon maaf atas tindakan pengendali akaun Fanpage Facebook miliknya yang mempromosikan barangan lain.

Hafidz Roshdi mohon maaf promosi produk lain

Hafidz Roshdi mohon maaf promosi produk lain

Hafidz yang dilantik menjadi duta produk MM, mengaku sudah mengambil tindakan ke atas pengendali akaun Fanpage Facebook miliknya dan berjanji perkara itu tidak akan berulang.

“Apa yang terjadi adalah salah faham. Selama ini, akaun Fanpage Facebook saya dikendalikan orang lain.

“Saya mengaku pengendali akaun saya banyak mendapat untung dengan mempromosikan produk lain, bukannya MM. Saya sudah mengambil tindakan dan memohon maaf kepada MM di atas apa yang berlaku.

“Saya memang ralat dan kecewa. Saya harap ia tidak berulang lagi,” katanya kepada BH Online.

Pada pertemuan itu, Hafidz yang mula dikenali selepas membintangi drama Tundukkan Playboy Itu, tampil bersama pemilik MM, Maria Hasmin Marzuki bagi menjelaskan kemelut dihadapi.

Isu perlanggaran kontrak itu kecoh apabila Maria ketika ditemuramah kru Melodi TV3, mendakwa pelakon Mr Donat Karamel itu gagal menjalankan tugasnya sebagai duta mengikut syarat dipersetujui bersama.

Hafidz berjanji akan mempromosikan produk MM di laman sosialnya termasuk di Instagram.

“Saya akan memuat naik video dan gambar mempromosikan MM selepas ini. Setiap bulan, akan ada satu video dan gambar yang dimuat naik.

“Saya juga akan berusaha memperbaiki diri menjawab mesej dan mengangkat telefon selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Maria yang juga Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd memberitahu, pada mulanya, syarikat kesal dan tidak berpuas hati dengan tindakan Hafidz yang mempromosikan produk lain yang mirip MM.

“Tetapi selepas dijelaskan perkara benar dengan bukti, saya percaya Hafidz dianiaya. Akaun Fanpage Facebook memang dikendalikan seorang penulis plog yang kami kenali.

“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepadanya. Saya harap selepas ini, Hafidz akan mempromosikan MM secara meluas.

“Kontraknya selama setahun akan tamat pada April tahun hadapan.,” katanya yang juga mahu pelakon itu lebih peka untuk menjawab panggilan telefon dan mesej selepas ini.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post