Jamal mohon maaf mahu selak kain Zuraida, dedah kudis

Jamal mohon maaf mahu selak kain Zuraida, dedah kudis | Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini secara sinis mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin selepas diberikan tempoh 48 jam daripada Ketua Wanita PKR itu.

Jamal mohon maaf mahu selak kain Zuraida, dedah kudis

Jamal mohon maaf mahu selak kain Zuraida, dedah kudis

Namun, permohonan maaf itu bukanlah untuk menarik tuduhannya terhadap penyokong BERSIH yang didakwa memukul sehingga hidungnya berdarah.

Sebaliknya, permohonan maaf itu dibuat sebab beliau mahu menyelak ‘kain’ dan mendedahkan kudis Zuraida.

“Semalam dia meminta memohon maaf selama 48 jam. Hari ini saya ingin memaklumkan saya ingin memohon maaf kepada Zuraida kerana selepas ini terpaksa menyelak kain beliau.

“Saya nak lihat ada kudis tidak di kaki dia, di peha dia dan ada tak lagi kudis-kudis di telapak kaki dia. Saya mohon maaf pada beliau kerana terpaksa menyelak.

“Dia tuntut saya memohon maaf dan saya telah memohon maaf kerana terpaksa menyelak kain beliau untuk saya perbaiki supaya kudis tak berjangkit pada rakyat di Selangor,” katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.

Semalam, Zuraida memberi Jamal tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik semula kata-katanya jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

Dalam surat tuntutan itu, Zuraida menggesa agar ketua bahagian Umno Sungai Besar selaku ketua kumpulan Baju Merah, membuat permohonan maaf dalam masa ditetapkan.

Jika Jamal tidak berbuat demikian, beliau akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Zuraida.

Jamal yang cedera di hidungnya ketika pergelutan dengan beberapa beberapa pegawai polis, dirakam dalam sebuah klip video menjerit beberapa kali “polis pukul saya”.

Dalam surat tuntutan sama, Jamal turut diminta untuk membayar sejumlah wang berikutan reputasi Zuraida yang tercemar berikutan dakwaan yang dibuat oleh Jamal.

Ahad lalu, Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidung selepas dia mendakwa diserang dan ditumbuk di sebuah pusat membeli-belah di Ampang.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di Ampang Point.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post