Kanak-kanak 10 tahun hilang di Taman Maluri masih dikesan polis

Polis masih mengesan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sebelum dilihat kali terakhir berada di sekitar kawasan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras, di sini, Isnin lalu.

Polis masih kesan kanak-kanak 10 tahun hilang

Polis masih kesan kanak-kanak 10 tahun hilang

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata setakat ini pihaknya sedang berusaha mencari Noor Ayrill Aqasha, selepas laporan polis dibuat bapanya semalam.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, bapa Noor Ayrill memberitahu, anaknya itu sering keluar rumah, namun akan kembali semula selepas seharian berada di luar.

“Bagaimanapun, kali ini anaknya tidak kembali semula selepas keluar sejak 31 November lalu sebelum bapanya memutuskan untuk membuat laporan polis semalam,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Kok Sin berkata, setakat ini pihaknya sedang meneliti setiap maklumat yang diterima, selain menjalankan siasatan dari semua sudut dan masih mengklasifikasikan kejadian sebagai orang hilang.

Kehilangan Noor Ayrill mulai tersebar dalam laman sosial sejak pagi tadi selepas ibu dan bapa mereka meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka, selain memaklumkan pihak polis.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post