Label free tea, tapi pelanggan dipaksa bayar untuk teh percuma

Teh limau ini dijual dengan tujuan “mengurangkan tekanan”. Namun apabila minuman ini dijual di sebuah kedai serbaneka Jepun, ia menambahkan tekanan pula.

Free Tea Jepun

Free Tea Jepun

Seorang kakitangan kedai yang menjual produk Pokka Sapporo bertengkar dengan pengunjung yang meminum teh limau itu dengan percuma, lapor blog Rocket News 24 semalam.

Kedai itu dilaporkan menuduh pengunjung warga asing itu mencuri minuman tersebut.

Syarikat Jepun itu mempromosikan teh tersebur sebagai “minuman yang membantu melegakan atau membebaskan orang daripada masyarakat yang dipenuhi tekanan.”

Pokka Sapporo menggunakan perkataan “kaihou”, dalam bahasa Jepun, yang bermaksud “bebas” atau “membebaskan”.

Namun apabila perkataan itu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, ia ditulis “FREE tea” (teh percuma) besar-besar di botol teh limau itu.

Maka pengunjung Asia itu menganggap minuman itu percuma dan boleh diambil tanpa membayarnya walau tertera harganya 130 yen (RM5.20).

Isu itu dicoretkan seorang pengguna Twitter, domobuku, yang mendakwa beliau sendiri melihat insiden pertengkaran antara kakitangan kedai tersebut dengan pengunjung itu.

“Ia ditulis [percuma] di sini, di label ini, jadi saya bolehlah minum [dengan percuma],” kata pengunjung lelaki itu.

Apabila kakitangan tersebut menjelaskan “free tea” hanya jenama, bukan bermaksud “teh percuma”, lelaki itu berhujah pula, “Kedai ini sepatutnya menukar labelnya!”

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post