Lebih 1,500 penunggang motosikal berbaris panjang isi minyak RON95 percuma di Shell Tikam Batu

Lebih 1,500 penunggang motosikal berbaris panjang di stesen minyak di Tikam Batu, di sini bagi mengisi minyak RON95 percuma sejak 6.30 pagi tadi.

isi minyak RON95 percuma

isi minyak RON95 percuma

Minyak petrol percuma terbabit disumbangkan oleh peniaga katering yang juga bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Cikgu Abdul Ghani Haron, 60, yang kini aktif dalam kegiatan kebajikan.

Penunggang motosikal terdiri daripada pekerja pelbagai sektor yang bekerja di sekitar Sungai Petani, Butterworth dan Prai, Pulau Pinang yang berbaris panjang bagi mengisi minyak percuma dari 6.30 pagi sehingga 10 pagi.

Menurut Abdul Ghani, sumbangan petrol percuma ini adalah sebahagian dari progam sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakan dalam usaha meringankan beban masyarakat .

“Bukan untuk menjadi popular tetapi sekakar melakukan sedekah jariah.

“Bukan minyak sahaja yang diberi malah pelbagai barangan lain turut disalur pada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di stesen minyak itu tadi.

Katanya, setakat 9.30 pagi tadi, minyak petrol bernilai lebih RM5,000 sudah disumbangkan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post