Nama Damia bermaksud keberkatan, tak perlu ditukar – Mufti Wilayah Persekutuan

Nama Damia boleh digunakan kerana ia membawa maksud yang baik, iaitu keberkatan, kata mufti Wilayah Persekutuan.

“Kami cenderung kepada pendapat [nama Damia] dibolehkan kerana perkataan asal itu, ada makna keelokan cumanya adanya [huruf Arab] hamzah pada hujungnya,” kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Nama Damia bermaksud keberkatan, tak perlu ditukar - Mufti Wilayah Persekutuan

Nama Damia bermaksud keberkatan, tak perlu ditukar – Mufti Wilayah Persekutuan

Beliau mengulas kontroversi nama anak perempuan ini yang dianggap tidak elok oleh mufti Pulau Pinang kerana maknanya, dalam bahasa Arab, “tempat keluar darah.”

Zulkifli juga menyarankan “tidak perlulah mengubah ejaan Damia” atau “menukar nama tersebut jika sekadar disangka ia mempunyai makna yang tidak baik.”

Jelasnya, nama Damia (dengan ejaan داميا) sebuah tempat di Jordan yang terletak bersempadan dengan Palestin, sementara Damiya’ (dengan ejaan دامياء) pula bermaksud kebaikan dan keberkatan.

“Damiah (ejaan دامية) pula berkaitan dengan darah, iaitu luka yang berdarah yang tidak mengalir,” katanya dalam laman web rasminya. “Dari segi bahasa bererti darah kesan dari luka.”

Sabtu lalu, mufti Pulau Pinang menggesa ibu bapa mengelakkan nama tidak elok seperti Damia apabila beliau dirujuk seorang bapa dalam permohonan menukar nama anak.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan surat permohonan penukaran nama tersebut yang dibuat jabatannya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pulau Pinang.

“Seorang yang asal nama Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar nama [anaknya] kepada Putri Nur Safiyya,” katanya seperti dipetik.

Namun, mufti Perlis pula berhujah nama Damia bukan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “tempat keluar darah”.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata nama tersebut, dalam bahasa Arab, membawa maksud “menyebabkan menangis”, “sering menangis” atau “halus perasaan”.

Beliau berkata orang Arab sebaliknya tidak menjadikan “dam” (darah) atau “damia” (kata kerja bagi darah) sebagai satu nama.

“Maka saya simpulkan tulisan Damia yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan daripada akar perkataan Arab,” Mohd Asri di Facebook hujung minggu lalu.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post