'Orang Putih Kita' Buktikan Cintanya Pada Negeri Sabah

'Orang Putih Kita' Buktikan Cintanya Pada Negeri Sabah

Gambar: Orang Putih Kita

Pertama kali berkenalan dengan jejaka ini, pada mulanya kami beranggapan “oh, mungkin dia typical mat saleh yang bercuti lama di Sabah” tapi setelah mendengar dia membuka mulut, dia bertutur dalam bahasa Malaysia atau lebih tepatnya bahasa dialek Sabah. Pemilik nama Dane Kovacs atau lebih mesra dikenali sebagai Orang Putih Kita, dia sudah empat tahun menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar: Orang Putih Kita/Kota Belud
 

Berasal dari Australia, cintanya pada negeri Sabah membuatkan dia terus mahu menetap disini. Menurut Dane, “Saya pilih untuk tinggal terus di Sabah selepas datang untuk bercuti. Saya jatuh cinta dengan gaya hidup dan kebudayaan orang Sabah. Semua orang disini sangat mesra dan disini ada banyak tempat yang indah. Saya sendiri mempunyai minat yang mendalam tentang hidupan liar, alam semulajadi dan fotografi jadi Sabah ada semua dan menepati minat saya”.

source: imgur.com

Gambar: Orang Putih Kita/Kota Kinabalu
 

Walaupun Bahasa Inggeris menjadi Bahasa pertamanya, jejaka berusia 28 tahun ini boleh berbahasa Malaysia dengan baik. Tapi kata Dane, “manada saya boleh cakap bahasa Malaysia dengan baik? Haha! Saya punya bahasa pasar saja”. Bagi Dane, salah satu sebab dia mahu pindah dan menetap di Sabah adalah kerana unsur budaya, gaya hidup yang lengkap sehingga membuatkan dia mahu menpelajarinya. “Saya bermula dengan membaca buku-buku dalam bahasa Malaysia dan jika ada perkataan yang tak faham, saya akan rujuk kamus. Tapi kuncinya, berlatih dan terus berlatih cakap bahasa Malaysia walaupun tunggang terbalik. Kadang-kadang saya akan berjalan di bandar Kota Kinabalu pada waktu malam, membawa gitar dan bila saya jumpa sekumpulan lelaki, saya akan minta mereka menyanyi dan mengajar saya lagu bahasa Malaysia. Jadi ini juga peluang bagi saya untuk lebih mengenali budaya dan adat mereka”, jelas Dane lagi.

Gambar: Orang Putih Kita
 

Mengakui dirinya seorang yang gemarkan aktiviti lasak, dia bersyukur apabila diberi peluang bergelar seorang produser kreatif di agensi pelancongan terkemuka Sabah, Amazing Borneo. Menurut Orang Putih Kita ini, “saya akan mengembara ke pelusuk Sabah dan Sarawak untuk mengambil video keindahan dan keunikan borneo dan menyediakan kandungan yang berkualiti pada agensi pelancongan ini. Jadi disitu juga, saya berpeluang untuk melihat dan mencari yang terbaik untuk berkarya dan setiap hari cukup mengujakan hati saya”. Disamping memuja keindahan dan kebudayaan negeri Sabah, Dane turut aktif berkempen bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar di sekitar Sabah. Ini merupakan projek dan kempen peribadinya yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengetengahkan budaya positif menjaga kebersihan kawasan sekeliling. “Menerusi kempen ini, saya telah membuat beberapa video dan sebarkannya di laman sosial untuk membuka minda masyarakat kita supaya lebih menghargai alam sekitar dengan menjaganya”, telus Dane. Antara beberapa keindahan dan keunikan negeri Sabah yang berjaya ditangkap kameranya adalah seperti dibawah ini.

Gambar: Orang Putih Kita/Gunung Kinabalu
 

Gambar: Orang Putih Kita/Kota Belud
 

Gambar: Orang Putih Kita/Simpang Mengayau, Kudat
 

Gambar: Orang Putih Kita/Kota Belud
 

Gambar: Orang Putih Kita/Tuaran
 

Gambar: Orang Putih Kita/Sandakan
 

Gambar: Orang Putih Kita/Pusat Pemulihan Orang Utan, Sepilok
 

Namun, tinggal di tempat yang bukan tanah asalnya juga memberikan cabaran yang besar buat Dane. Walaupun bergelar orang putih, ia tidaklah semudah yang disangka. Dia turut berdepan dengan pelbagai kesukaran dan situasi yang mencabar terutamanya yang melibatkan penduduk tempatan. Situasi sukar ini dihadapinya apabila ingin berususan dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa, bank, pejabat pos dan sebagainya. “Tapi saya tidak menjadikan ini sebagai halangan malah melihatnya dari sudut positif. Kadang-kala ada yang memandang saya lalu mereka bercakap pasal saya, dan saya faham apa yang mereka cakapkan tu. Jadi perhatian yang mereka beri pada saya tu, saya ambil dan lihat dari sudut yang unik. Dari situlah saya memilih untuk membuka akaun Instagram dan sering berkongsi gambar-gambar dan video saya di Kota Kinabalu dan ramai juga yang telah follow saya”, tambah Dane lagi.

Gambar: Orang Putih Kita/Bukit Kokol
 

Gambar: Orang Putih Kita/Kota Kinabalu
 

Berkongsi pengalamannya mengembara ke pelusuk negeri Sabah, Dane sangat mengalu-alukan anda datang sendiri ke sini dan nikmati keunikan negeri Sabah. Baru sahaja pulang dari aktiviti ekstrem di Padas dan menaiki keretapi lama di Tenom, Sabah ada segalanya buat pencinta budaya, alam sekitar, hidupan liar dan keindahan pantai. Dane turut memberikan pendapat peribadinya tentang lima tempat yang harus dilawati jika anda mahu ke Sabah. “Jika anda berpeluang datang ke Sabah, pastikan lima tempat ini wajib anda lawati. Lima tempat tersebut adalah gunung Kinabalu, Maliau Basin, Pulau Sipadan, Lembah Danum dan Kinabatangan. Anda pasti akan terpukau dengan keindahannya dan yang lebih syok, keramahan orang-orang Sabah. Jadi, support local”.

Gambar: Orang Putih Kita/Kota Kinabalu
 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post