Peluang sekali seumur hidup pada 14 Nov ini untuk lihat bulan paling besar Supermoon

Mungkin peluang ini muncul sekali seumur hidup, melihat bulan paling besar Supermoon pada 14 November ini selepas ia pernah muncul pada Januari 1948.

Fenomena bulan mendekati bumi, maka ia kelihatan lebih terang dan besar, yang digelar “supermoon” akan muncul lagi pada tahun November 2034, lapor portal Daily Mail.

Peluang sekali seumur hidup pada 14 Nov ini untuk lihat bulan paling besar Supermoon

Peluang sekali seumur hidup pada 14 Nov ini untuk lihat bulan paling besar Supermoon

Hujung tahun ini menyaksikan tiga bulan penuh dengan cukup besar, pada 16 Oktober lepas dan juga 14 Disember depan. Namun sepuluh hari lagi bulan kelihatan paling besar.

Gejala bulan mengambang “paling besar,” selama dua jam, terjadi apabila bahagian besar bentuk bujur telurnya mendekati bumi, kira-kira 30,000 batu (50,000 km).

 

 

Menurut laman web agensi angkasa Amerika Syarikat, bahagian ini 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang berbanding bahagian lain bulan yang terletak lebih jauh dari bumi.

“Bulan penuh paling besar memang tidak dinafikan sangat cantik,” kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa).

Apabila bulan mengelilingi bumi dan berada sebaris dengan matahari, ia mencetuskan fenomena yang disebut “perigee-syzygy” yang menampakkan bulan lebih besar di langit.

Namun, pemandangan alam yang luar biasa menarik ini dapat dinikmati sepenuhnya di bahagian barat benua Amerika Utara dan kepulauan Pasifik.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post