Pemain Kedah merungut pada Mukhriz, lepas jadi juara Piala Malaysia, hanya beberapa pemain dan jurulatih dapat bonus yang dijanjikan

Pemain Kedah merungut pada Mukhriz, lepas jadi juara Piala Malaysia, hanya beberapa pemain dan jurulatih dapat bonus yang dijanjikan  | Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap permasalahan yang berlaku terhadap pasukan hijau kuning setelah menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia, baru-baru ini.

Pemain Kedah merungut pada Mukhriz, lepas jadi juara Piala Malaysia, hanya beberapa pemain dan jurulatih dapat bonus yang dijanjikan

Pemain Kedah merungut pada Mukhriz, lepas jadi juara Piala Malaysia, hanya beberapa pemain dan jurulatih dapat bonus yang dijanjikan

 Beliau berkata, banyak rungutan diterima pemain dan kakitangan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) apabila belum dimuktamadkan pasukan bagi musim 2017, selain pembayaran bonus yang dijanjikan tidak menyeluruh.

 “Saya sendiri sebut pada 2013 bahawa dalam tempoh beberapa tahun hijau kuning akan masuk pusingan akhir Piala Malaysia. Alhamdulillah, kita berjaya lakukan dan menjuarainya. Itulah dimaksudkan janji dikota.

 “Walaupun begitu, saya rasa sedih dan kecewa rungutan daripada pemain-pemain dan kakitangan pengurusan KFA bahawa setakat ini belum dimuktamadkan pasukan kita bagi musim 2017. Sehinggakan ramai pemain kita dipinang oleh pasukan lain, mungkin ada juga yang telah diberi tawaran yang lumayan,” katanya.

 Beliau berkata demikian semasa mengambil bahagian dalam sesi pembentangan Bajet Kedah 2017, semalam.

 Mukhriz berkata, sekiranya permasalahan itu tidak dibendung daripada awal, kemungkinan akan menyaksikan pasukan Kedah berpecah tanpa pemain-pemain yang telah menunjukkan prestasi permainan yang begitu hebat sepanjang musim 2016.

 “Tambahan pula, bonus hanya dibayar kepada pemain-pemain dan juga beberapa orang jurulatih sahaja, termasuk ketua jurulatih. Tetapi pihak pengurusan dan sebahagian pasukan tidak diiktiraf sumbangan mereka kepada kejayaan yang diperoleh baru-baru ini.

 “Tentu ini menjejas moral pasukan secara keseluruhan. Maklumlah dalam acara berpasukan ini semangat berpasukan itu sangat penting. Kalau seorang tak dapat habuan seperti yang dijanjikan, pihak lain yang terima habuan pun terasa,” katanya.

 Adun Ayer Hitam itu turut mengharapkan agar perhatian diberikan kepada pemain dan semua anggota pengurusan, termasuk jurulatih KFA supaya tidak mengecewakan peminat nombor satu hijau kuning iaitu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

 “Sepertimana kita tahu, betapa susahnya untuk kita mencapai tahap yang begitu membanggakan. Tetapi sebenarnya tak kurang susah juga untuk pertahankan kedudukan sebagai juara,” katanya.

 Pada perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai soal ekonomi dan kewangan seperti yang diterangkan dalam pembetangan Bajet Kedah 2017 oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kelmarin.

 “Sepertimana kita sedia maklum, ekonomi Kedah kita ini berkait rapat dengan ekonomi negara, malah juga ekonomi dunia. Maka kita tidak hanya boleh bergantung kepada kutipan hasil cukai khususnya daripada rakyat sahaja tanpa berusaha untuk menarik pelaburan asing mahupun tempatan secara bersungguh-sungguh, sekaligus dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Kedah.

 “Apabila pelaburan masuk ke Kedah, kerajaan perlulah menyediakan infrastruktur yang mencukupi seperti jalan, bekalan air dan elektrik serta menyediakan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran yang memenuhi permintaan pelabur-pelabur,” katanya.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post