Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma setuju menjadi penasihat ekonomi digital kepada Kerajaan Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Alitrip Malaysia Tourism Pavilion di Beijing petang ini.
Sebelum itu, beliau menemui Jack Ma selama setengah jam.
Katanya, Jack Ma akan memberi nasihat kepada Malaysia dalam merancang masa depan ekonomi digital.
Najib berkata, Jack Ma juga bersetuju menghadiri Forum Transfomasi Global anjuran Malaysia pada Mac tahun depan.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR