Kebanyakan pengguna laman Facebook hairan apabila menerima notifikasi meninggal dunia sekitar petang semalam.
Namun begitu, beberapa minit kemudian laman tersebut kembali menjadi normal malah ada pengguna tidak menyedari bahawa mereka telah dilabel ‘meninggal dunia’ dan ‘dihidupkan’ kembali.
Lebih mengejutkan apabila terdapat beberapa pengguna yang menyaksikan sendiri masa kematian mereka namun begitu, wartawan politik, Hadas Gold menulis di laman Twitter beliau merujuk isu ini sebagai ‘bug’.
Jurucakap Facebook bagaimanapun memberitahu kepada Huffinton Post bahawa perkara yang berlaku ini adalah satu kesilapan yang amat dahsyat.
“Dalam tempoh yang singkat, mesej notifikasi ‘meninggal dunia’ telah tersilap hantar ke akaun lain.
“Ini merupakan kesilapan yang sangat dahsyat yang telah berlaku. Pihak kami sangat kesal dengan kejadian ini dan kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW