Sebuah pesawat yang membawa sembilan kakitangan dan 72 penumpang termasuk pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense dilaporkan terhempas, sebentar tadi.
Menurut laporan CNN, pesawat yang dalam perjalanan ke Colombia berkenaan menghantar isyarat kecemasan ketika berada di antara La Ceja dan La Union.
Pesawat tersebut dipercayai terhempas beberapa minit sebelum 12 tengah malam waktu tempatan.
Ketika ini, angka korban tidak dapat dipastikan dan ‘mereka yang cedera’ sedang dipindahkan.
Sementara itu, Angkatan Udara Colombia terpaksa membatalkan misi menuju ke lokasi pesawat terhempas kerana cuaca buruk.
Lokasi pesawat terhempas hanya boleh dilawati menggunakan jalan darat ketika ini.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR