Ratusan mati, semakin ramai rakyat Jepun tak cukup tidur akibat kerja

Ratusan mati, semakin ramai rakyat Jepun tak cukup tidur akibat kerja | Hampir 40 peratus warga Jepun tidur kurang enam jam pada malam hari akibat terlalu lama bekerja, termasuk menghabiskan tugasan di rumah.

Tinjauan Kesihatan Kebangsaan terhadap amalan tidur 3,500 isi rumah Jepun sepanjang 2015 mendapati ramai lelaki dan wanita gagal berehat secukupnya, lapor portal The Independent.

Ratusan mati, semakin ramai rakyat Jepun tak cukup tidur akibat kerja

Ratusan mati, semakin ramai rakyat Jepun tak cukup tidur akibat kerja

Majoriti responden berkata purata mereka tidur kurang tujuh jam sehari, tempoh masa minimum untuk berehat dengan cukup pada waktu malam.

Peratusan rakyat yang tidur kurang enam jam kini sebanyak 39.5 peratus, meningkat 11.1 peratus berbanding sedekad lalu.

Responden lelaki berkata mereka tidak cukup tidur kerana tempoh bekerja terlalu panjang.  

Manakala wanita pula menyalahkan penggunaan teknologi sebelum masuk tidur dan “kerja-kerja rumah yang bertimbun”.

Kementerian Kesihatan Jepun berkata hasil tinjauan itu “menunjukkan perlunya cara memperbaiki perimbangan antara kerja pejabat dan kehidupan serta berkongsi kerja rumah”.

Negara itu dalam proses menyemak dasar kerja lebih masa di syarikat-syarikat besar selepas mendapati pekerja teruk tertekan dan ada juga yang mati akibat terlalu lama bekerja.

Bulan lalu, menurut tinjauan kerajaan, lebih 20 peratus syarikat Jepun mempunyai kakitangan yang bekerja terlalu lama sehingga boleh menimbulkan risiko kematian.

Beratus-ratus kematian berkaitan pejabat — seperti angin ahmar, serangan jantung dan bunuh diri — dilaporkan setiap tahun di negara itu.

Tinjauan tersebut, lapor AFP, sebahagian daripada laporan khusus mengenai “karoshi”, kematian akibat kerja, yang disokong oleh kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe.

Laporan itu menyebut 22.7 peratus syarikat yang ditinjau antara Disember 2015 hingga Januari 2016 menyatakan kakitangan mereka bekerja lebih 80 jam lebihan masa setiap bulan.

Ia juga melaporkan kira-kira 21.3 peratus pekerja Jepun bertugas secara purata 49 jam atau lebih setiap minggu, jauh lebih tinggi daripada purata 16.4 peratus di Amerika Syarikat, 12.5 peratus di Britain dan 10.4 di Perancis.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post