Rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil goyah, mengaku hadir Mahkamah Syariah

Rumah tangga pasangan pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil dikhuatiri goyah apabila aktres jelita itu dikatakan sudah mendapatkan nasihat peguam syariah.

Rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil goyah

Rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil goyah

Spekulasi status perkahwinan Diana yang sebelum ini menghilangkan diri dari dunia seni selepas bernikah dengan pelakon dan pengarah terbabit, mula diperkatakan apabila dilihat kembali aktif dengan menghadiri pelbagai acara hiburan, sejak akhir-akhir ini.

Diana ketika dihubungi BH Online untuk mendapatkan pengesahannya mengenai perkara itu, mengaku hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu tetapi enggan menyatakan sebab utama dirinya berbuat demikian.

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan,” katanya.

Diana berkata, lumrah dalam setiap perkahwinan akan ada pasang surutnya. Rumah tangga yang dibina bersama Farid atas dasar cinta pada 3 November 2012 juga tidak terkecuali daripada diuji. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhamad, 3, dan Nur Aurora, 1.

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” katanya.

Biarpun masih berteka-teki mengenai status rumah tangganya, sumber memaklumkan kemelut perkahwinan pasangan itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Perselisihan yang berpanjangan juga dikatakan mendorong Diana untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah bagi meleraikan kemelut rumah tangganya.

 

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post