Siti Kasim seru peguam jadi wakil rakyat tinggalkan kerjaya guaman

Aktivis Siti Kasim menyeru peguam yang dipilih sebagai wakil rakyat meninggalkan kerjaya guaman dan memberikan fokus kepada rakyat.

Siti yang bertanding dalam pemilihan Majlis Peguam kali ini berkata pembaharuan harus dilakukan bagi menghalang ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk berkhidmat sebagai peguam.

Fokus pada pengundi, Siti Kasim seru peguam tidak jadi wakil rakyat

Fokus pada pengundi, Siti Kasim seru peguam tidak jadi wakil rakyat

“Saya fikir apabila peguam menyertai politik dan dipilih sebagai ahli Parlimen, mereka harus menjauhi amalan guaman.

“Saya merasakan ia sesuatu yang salah. Apabila mereka memilih untuk berada di dalam dunia politik maka pengabdian dan tugas mereka bersama pengundi.

“Mereka dibayar untuk itu tetapi masih berkhidmat dalam firma guaman,” katanya kepada Malay Mail Online.

Siti, 53, antara 22 calon merebut kerusi dalam Majlis Peguam bagi sesi 2017/2018 dengan undian melalui pos akan dikumpulkan pada 30 November.

Menurut laman sesawang Majlis Peguam, kira-kira 17,400 ahli majlis itu boleh mengundi maksimum 12 calon dalam setiap pemilihan.

Manakala tempoh 38 ahli Majlis Peguam sekarang akan tamat pada mesyuarat agung tahunan badan itu yang dijadualkan pada 18 Mac tahun depan.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post