Tak pandai main alat muzik, Syamel mengaku cipta lagu guna teknik dengung

Naib Juara Akademi Fantasia 2015 berazam untuk mempelajari bermain alat muzik selepas mengaku mencipta lagu sebelum ini menggunakan kaedah dengung (humming).

Tak pandai main alat muzik, Syamel mengaku cipta lagu guna teknik dengung

Tak pandai main alat muzik, Syamel mengaku cipta lagu guna teknik dengung

Syamel, nama popular Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata mempelajari bermain alat muzik penting kerana teknik degungan dalam penciptaan lagu sudah ketinggalan zaman.

“Begitulah caranya saya mencipta lagu. Memang kedengaran tidak ‘up-to-date’ pada sesetengah orang tetapi kelemahan saya ialah kerana tidak tahu bermain alat muzik.

“Barangkali selepas ini saya akan mula belajar salah satu alat muzik yang mudah dan bersesuaian.

“Ini tidak, kadang-kadang dapat idea sewaktu tengah memandu, terpaksalah berhentikan kereta dan membuat rakaman,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Penyanyi Hidup Dalam Mati baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas penyanyi Ayai (Ilusi) mendakwa lagu tersebut diciplak daripada nyanyian salah seorang peserta Kilauan Emas.

Bagaimanapun, Syamel mendakwa isu itu sudah diselesaikan secara baik dan berkongsi hak penciptaan 50 peratus bersama Ayai.

Isu tersebut berlarutan sehingga penerbit Edry KRU membuat keputusan menarik lagu berkenaan daripada bertanding di separuh akhir Muzik-Muzik baru-baru ini.

Syamel, 23, berkata selepas berakhirnya isu itu apa yang diharapkan ialah semangat baharu untuk menghasilkan lagu.

Katanya, walaupun tidak lagi mempertandingkan Hidup Dalam Mati namun peminat mengetahui dirinyalah pengalun lagu tersebut.

“Cuma satu yang saya pegang berpandukan kata-kata Edry, apa yang penting ialah lagu Hidup Dalam Mati sudah terpahat di hati semua orang yang lagu ini dinyanyikan oleh saya.

“Cakaplah apa pun, orang akan kaitkan lagu itu dengan saya dan sayalah pengalunnya,” beliau dilaporkan berkata.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post