Tauke kosmetik penipu kaut juta ringgit, Vida dan Aliff Syukri terjejas

Dua jutawan kosmetik mendakwa menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar dan meniru produk mereka sehingga mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Tauke kosmetik penipu kaut juta ringgit, Vida, Aliff Syukri terjejas

Tauke kosmetik penipu kaut juta ringgit, Vida, Aliff Syukri terjejas

Keadaan tersebut bukan sahaja merugikan syarikat malah memberi imej buruk terhadap jenama mereka, lapor Harian Metro.

Pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata pihaknya terpaksa menukar reka bentuk produk berkali-kali bagi mencegah barang tiruan.

“Langkah ini memastikan mereka dapat membezakan sama ada produk yang diperoleh itu tiruan atau sebaliknya,” kata nama glamor Terlajak Laris.

“Memang ada pihak cuba ambil kesempatan dengan kemudahan teknologi dan aplikasi laman sosial. Ini boleh beri kesan negatif serta merugikan pengusaha syarikat kosmetik.”

Sementara Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida mendakwa dirinya dipergunakan dengan kewujudan akaun Facebook palsu.

“Pernah terdapat akaun palsu menggunakan nama dan gambar saya dikesan melakukan penipuan dengan menawarkan hadiah beg berjenama dan sebagainya.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat pastikan sama ada mereka yang menyamar itu bagi tujuan pemasaran produk tiruan atau sebagainya,” kata pengasas Vida Beauty.

Menurut statistik polis, lebih 10,000 individu menjadi mangsa penipuan e-dagang tahun lalu melibatkan kerugian lebih RM30 juta.

“Jenayah penipuan di negara ini semakin parah apabila rakyat Malaysia menjadi mangsa setiap hari dengan angka kerugian jutaan ringgit meskipun pelbagai tindakan agresif dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membendung jenayah itu,” kata Bukit Aman seperti dilapor akhbar sama.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post