Terjatuh ketika rasmi pertandingan boling, Rani Kulop terima 13 jahitan

Aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah menerima 13 jahitan selepas tangan kirinya terkoyak ketika merasmikan pertandingan boling pada Ahad.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dinasihatkan klinik swasta agar mendapatkan rawatan lanjut.

Terjatuh ketika rasmi pertandingan boling, Rani Kulop terima 13 jahitan

Terjatuh ketika rasmi pertandingan boling, Rani Kulop terima 13 jahitan

“Tapak tangan kiri saya terkoyak dan berdarah tetapi saya sembunyikannya dengan cara menggenggam bagi mengelak orang sekeliling panik.

“Saya hanya menunjukkan kecederaan itu kepada rakan yang juga penganjur dan menasihatkan saya supaya ke klinik,” katanya ketika dihubungi Malay Mail Online.

Rani berkata kejadian yang berlaku di pusat beli belah Summit itu menyebabkan tangan kirinya terhiris terkena penghadang besi.

“Saya kembali ke acara itu selepas rawatan kerana ada upacara penyampaian hadiah yang perlu saya hadiri.

“Saya terima tiga jahitan di bahagian dalam dan 10 di bahagian luar,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post