Video Khalid Samad diserang di luar parlimen berikutan perkataan ‘sial’

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad diserang sekumpulan lelaki yang mendakwa dari Pasir Salak di perkarangan lobi Parlimen 11 pagi tadi.

Wakil rakyat pembangkang itu dikepung sebaik keluar dari keretanya sebelum dimaki-hamun oleh beberapa lelaki terbabit yang mengekori beliau sehingga ke pintu masuk utama Dewan Rakyat.

Khalid Samad diserang di luar parlimen

Khalid Samad diserang di luar parlimen

Tolak-menolak berlaku sambil kumpulan itu cuba merapati Khalid yang dikawal ketat anggota keselamatan Parlimen sebelum beberapa tumbukan dilepaskan ke arahnya.

Bagaimanapun, tiga anggota keselamatan dipercayai cedera akibat terkena tumbukan sebelum kumpulan berkenaan disuraikan,

Sementara itu Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan bahawa tindakan akan diambil berikutan insiden pergaduhan berkenaan.

Insiden itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Khalid mengeluarkan perkataan ‘sial’ kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mempersendakan perkataan ‘kok” kepada Teresa Kok (DAP-Seputih) kelmarin.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post