Wanita diarah bayar RM144,000 kerana enggan tanggalkan purdah semasa pemeriksaan keselamatan

Seorang Muslimah diarah membayar denda sebanyak 30,000 euro (RM144,000) kerana enggan tanggalkan purdah untuk pemeriksaan keselamatan ketika menghadiri mesyuarat belia di sebuah dewan di timur laut Itali.

Dia mulanya dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda sebanyak 600 euro (RM2,900) tetapi hukuman itu kemudian dipinda oleh mahkamah lebih tinggi.

 

Wanita diarah bayar RM144,000 kerana enggan tanggalkan purdah semasa pemeriksaan keselamatan

Wanita diarah bayar RM144,000 kerana enggan tanggalkan purdah semasa pemeriksaan keselamatan

 

 

Wanita keturunan Albania berusia 40 tahun itu berada di dewan di Pordenone lewat Oktober lalu untuk menyaksikan anak lelakinya menyertai mesyuarat itu.

Dia tinggal di bandar San Vito al Tangliamento sejak 16 tahun lalu dan memperoleh kerakyatan Itali beberapa tahun kemudian.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post